BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

jum click...murah rezeki.. (:

17.12.11

Kisah si Tukang roti

salam readers n bloggers..

sy nk update 1 kesah yg sy rase bg kesan kt diri sy..
sumber dr buku.. (:


Suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal terpaksa bermalam semasa melakukan perjalanan. Bersyukur ada sebuah masjid dan beliau menuju ke masjid itu dan berniat untuk bermalam di sana. Namun, penjaga masjid itu tidak mengizinkan Imam bin Hanbal bermalam di masjid itu. Penjaga masjid itu juga tidak mengetahui bahawa lelaki yang meminta izin untuk bermalam itu adalah Imam Ahmad bin Hanbal, seorang ulama besar.

Saat itulah, lalulah seorang tukang roti. Tukang roti itu tidak mengenali Imam Ahmad bin Hanbal. Namun, keperihatinnya kepada orang lain membuatkan dirinya menawarkan kepada Iman Ahmad bin Hanbal untuk menginap di rumahnya. Imam Ahmad menerima tawaran tukang roti itu.
Sampai dirumahnya, si tukang roti mempersilakan Imam Ahmad untuk beristirehat. Dia juga menghidangkan beberapa keping roti untuk Iman Ahmad. Sementera Iman Ahmad beristirehat, tukang roti itu melakukan pekerjaann rutinnya membuat adunan roti. Sambil menguli-nguli adunan roti, tukang roti itu tidak henti-henti beristighfar. Si tukang roti terus beristighfar sampai selesai melakukan pekerjaan membuat roti.
Imam Ahmad terpaku menyaksikan peristiwa itu. Beliau faham betul hikmah dan keutamaan mengamalkan istighfar. Kemudian Imam Ahmad bertanya,
“ Apa yang kamu dapat dengan sentiasa beristighfar?”
“Hampir semua permohonanku dikabulkan oleh Allah. Hanya satu permohonan yang belum dikabulkan?” kata tukang roti.
“Apa itu?”
“Aku ingin bertemu dengan Imam Ahmad bin Hambal”, jawabnya
“Aku adalah Iman Ahmad bin Hanbal”
Tukang roti itu terkejut. Dia tidak pernah menyangka lelaki yang menginap di rumahnya adalah Iman Ahmad bin Hanbal. Rupanya ini senario Allah untuk mengkabulkan doa si tukang roti.

Notaku: betapa besar fadilat beristighfar..sama2 la kita lengkapkan kehidupan kita dengan bacaan istughfar seikhlas hati kerna Allah swt. InsyaAllah apa yang kita hajati kan dikabulkan biapun dalam jangka masa yang cepat atau lambat. Kita seharusnya sabar dalam menjalani kehidupan ini. 

ISTIGHFAR MOHON AMPUN DAN TAUBAT

Maksudya:


"Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya"

Mudahan-mudahan hidup kita sentiasa diberkati oleh limpah kurnia Allah swt..amin


3 comments: